Tarikh berkuat kuasa: 1 Ogos 2026 · Versi: 1.0
Terma Penggunaan Website dan Ekosistem GARO
Terma ini mengawal penggunaan garobuilder.com, subdomain, borang, kandungan, GARO BuildSmart dan halaman berkaitan yang disediakan oleh GARO Builder (M) Sdn. Bhd. (202501000815 / 1602230-P). Dengan menggunakan website ini, anda bersetuju dengan terma berikut.
1. Maklumat umum, bukan kontrak pembinaan
Kandungan website disediakan untuk penerangan dan perancangan awal. Ia bukan quotation muktamad, jaminan harga, jaminan kelulusan pembiayaan, arahan profesional atau kontrak pembinaan. Sebarang projek hanya mengikat selepas dokumen rasmi yang berkenaan disemak dan dipersetujui oleh pihak yang diberi kuasa.
2. Anggaran, kalkulator dan BuildSmart
Anggaran, julat harga, kalkulator, checklist, planner, jawapan automatik atau output BuildSmart adalah panduan awal berdasarkan maklumat yang tersedia. Kos, tempoh dan kesesuaian sebenar boleh berubah selepas semakan tapak, dokumen, reka bentuk, spesifikasi, pihak berkuasa, pembiaya, pasaran, akses, risiko dan kapasiti pelaksanaan.
3. Proposal, quotation dan agreement rasmi
Proposal menerangkan cadangan dan skop awal. Quotation menetapkan harga dan skop pada tarikh atau tempoh sah yang dinyatakan. Agreement atau kontrak pembinaan menetapkan hak, tanggungjawab, bayaran, perubahan, tempoh, serahan dan terma lain. Jika terdapat percanggahan, dokumen rasmi yang ditandatangani mengatasi kandungan umum website.
4. Ketepatan maklumat pengguna
Anda bertanggungjawab memberikan maklumat yang tepat dan tidak mengelirukan. GARO boleh meminta dokumen, bukti pemilikan, kebenaran, pelan, BQ atau maklumat tambahan sebelum menilai atau menerima sesuatu projek.
5. Penerimaan projek
Penghantaran borang, perbualan, lawatan pejabat, output planner atau nombor rujukan tidak menjamin penerimaan projek. Penerimaan tertakluk pada lokasi, akses, skop, bajet, dokumen, risiko, jadual, kapasiti pasukan dan keputusan pengurusan GARO.
6. Pembiayaan dan pihak berkuasa
Maklumat berkaitan tunai, bank, LPPSA, submission, kelulusan atau compliance adalah penerangan umum. Keputusan akhir dibuat oleh pembiaya, pihak berkuasa, penasihat profesional atau pihak berkaitan. GARO tidak menjamin kelulusan atau tempoh keputusan mereka.
7. Portal, akaun dan keselamatan
Akses ProjectHub atau sistem lain adalah terhad kepada pengguna yang diberi kebenaran. Anda mesti menjaga kata laluan, tidak berkongsi akses secara tidak sah dan memaklumkan GARO jika berlaku kehilangan atau penyalahgunaan akaun. GARO boleh menggantung akses untuk keselamatan, penyelenggaraan, pelanggaran terma atau penamatan hubungan projek.
8. Pautan dan modul dalam pembangunan
Website boleh mengandungi pautan kepada Planner, Ask GARO, Shop, ProjectHub atau modul lain yang sedang dibangunkan, diuji atau dilancarkan secara berperingkat. Ciri, ketersediaan dan kandungan boleh berubah. Gangguan sementara tidak mewujudkan jaminan perkhidmatan atau hak automatik kepada pampasan.
9. Harta intelek
Nama GARO, logo, reka bentuk, teks, gambar, video, planner, sistem, template, lukisan dan bahan lain dilindungi oleh hak cipta, tanda dagangan atau hak berkaitan. Anda tidak boleh menyalin, menjual, mengubah, menerbitkan semula, melatih sistem AI, membina produk terbitan atau menggunakan bahan bagi tujuan komersial tanpa kebenaran bertulis.
10. Gambar, konsep dan visual
Sesetengah visual mungkin merupakan projek sebenar, konsep reka bentuk, render, contoh paparan sistem atau bahan ilustrasi. Visual konsep tidak semestinya menggambarkan skop, spesifikasi atau hasil akhir sesuatu kontrak. Rujuk proposal dan dokumen projek yang diluluskan.
11. Penggunaan yang dilarang
Anda tidak boleh cuba menceroboh, mengganggu, mengimbas kelemahan tanpa kebenaran, memintas kawalan akses, menghantar spam, memuat naik kod berbahaya, menyamar, mengambil data secara automatik secara berlebihan atau menggunakan website untuk tujuan menyalahi undang-undang.
12. Ketersediaan dan perubahan
Kami boleh mengubah, menambah, mengehadkan atau menghentikan mana-mana kandungan atau fungsi untuk penyelenggaraan, keselamatan, penambahbaikan atau sebab operasi. Kami berusaha memastikan maklumat tepat tetapi tidak menjamin website sentiasa bebas ralat atau tersedia tanpa gangguan.
13. Had tanggungjawab
Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, GARO tidak bertanggungjawab terhadap kerugian tidak langsung atau keputusan yang dibuat semata-mata berdasarkan kandungan umum, anggaran awal, pautan pihak lain atau gangguan website. Terma ini tidak mengecualikan tanggungjawab yang tidak boleh dikecualikan di sisi undang-undang.
14. Privasi
Penggunaan data peribadi tertakluk kepada Notis Privasi GARO dan sebarang notis tambahan yang dipaparkan pada titik pengumpulan data.
15. Undang-undang terpakai
Terma ini ditadbir oleh undang-undang Malaysia. Sebarang pertikaian hendaklah terlebih dahulu cuba diselesaikan secara baik sebelum tindakan lanjut diambil melalui saluran yang sah.
16. Hubungi
GARO Builder (M) Sdn. Bhd.
PT 7547, Tingkat Atas, Kg Tempurung, Jalan Air Putih, Cukai, 24000 Kemaman, Terengganu.
Telefon: +6011-1115 3580
E-mel: sales@garobuilder.com
Website and GARO Ecosystem Terms of Use — English Summary
The website, GARO BuildSmart tools, calculators, planners and automated outputs provide preliminary guidance only. They are not final quotations, financing approvals, professional instructions or construction contracts. A project becomes binding only through the relevant authorised official documents.
GARO may keep links to modules that are being developed, tested or released in stages. Availability and features may change. Users must protect account credentials, provide accurate information, respect intellectual property and must not interfere with security or misuse the website.
Where an official signed proposal, quotation or agreement conflicts with general website content, the official document prevails. These terms are governed by Malaysian law. The Bahasa Malaysia version is the primary version.
