Semakan keperluan
Anda ceritakan keadaan tanah, bajet, pembiayaan dan keperluan keluarga.
GARO menyusun maklumat asas dan mengenal pasti perkara yang perlu disemak dahulu.
Anda tidak perlu mengurus setiap designer, QS, vendor atau subcontractor secara berasingan. GARO menyusun perjalanan daripada keperluan awal hingga serahan rumah.
Anda tetap membuat keputusan penting tentang rumah anda. GARO pula mengurus penyelarasan teknikal, kos, dokumen, pelaksana dan pemantauan supaya setiap keputusan bergerak melalui proses yang lebih jelas.
Setiap peringkat mempunyai keputusan anda dan tanggungjawab GARO yang jelas.
Anda ceritakan keadaan tanah, bajet, pembiayaan dan keperluan keluarga.
GARO menyusun maklumat asas dan mengenal pasti perkara yang perlu disemak dahulu.
Anda tentukan keutamaan ruang, gaya rumah dan sasaran masa.
GARO membantu menyelaraskan keperluan dengan tapak, kemampuan dan pilihan yang munasabah.
Anda memberi maklum balas dan memilih arah yang sesuai.
Team Design dan QS menyediakan proposal design, skop, spesifikasi dan perancangan kos.
Anda menyemak proposal sebelum membuat keputusan.
GARO menerangkan skop, pengecualian, jadual payment, tanggungjawab dan dokumen berkaitan.
Anda memberi keputusan apabila diperlukan dan mengikuti progress projek.
GARO menyelaras team tapak, vendor, subcontractor, mutu, keselamatan, dokumen dan progress.
Anda menyertai pemeriksaan dan menerima rumah serta dokumen serahan.
GARO mengurus pemeriksaan akhir, pembetulan yang berkaitan dan tempoh tanggungan kecacatan.
Keputusan penting kekal bersama anda, manakala penyelarasan yang rumit diurus oleh GARO.
Selepas booking, anda menerima akses khusus ke GARO ProjectHub untuk mengikuti progress pembinaan, melihat gambar dan dokumen berkaitan, menyemak perkara yang memerlukan keputusan serta berhubung dengan team GARO dengan lebih mudah.
Setiap akaun disusun mengikut projek masing-masing supaya maklumat kekal relevan, teratur dan selamat.
Semakan awal tidak mengikat anda kepada kontrak pembinaan. Ia membantu team GARO memahami tanah, lokasi, bajet dan keperluan asas anda.
Mulakan Semakan Awal