Reka & Bina Custom
Bermula daripada keperluan keluarga, keadaan tapak dan kemampuan. Layout, rupa, spesifikasi dan kos dibangunkan secara berperingkat.
GARO bantu anda susun Design & Build, layout, costing dan pembinaan supaya setiap keputusan lebih jelas sebelum kerja dimulakan. Anda juga dapat faham lebih awal faktor yang mempengaruhi harga rumah.
Rate per square foot boleh digunakan sebagai panduan awal. Harga sebenar rumah anda tetap bergantung pada tapak, design, struktur, spesifikasi, skop dan dokumen projek.
Gambaran awal GARO BuildSmart Planner. Fungsi sebenar akan dibangunkan dan diuji secara berperingkat.
GARO akan cadangkan aliran yang sesuai berdasarkan tahap kesiapan design, dokumen, tanah dan bajet anda.
Bermula daripada keperluan keluarga, keadaan tapak dan kemampuan. Layout, rupa, spesifikasi dan kos dibangunkan secara berperingkat.
Pilih arah konsep yang sesuai, kemudian sesuaikan ruang, keluasan dan spesifikasi mengikut tanah serta keutamaan anda.
Untuk anda yang telah mempunyai lukisan, spesifikasi dan dokumen berkaitan yang lengkap. GARO akan menyemak skop sebelum memberi proposal.
Jika kehendak anda melebihi bajet, GARO akan bantu susun semula keluasan, bentuk, spesifikasi dan fasa kerja—tanpa mengorbankan perkara penting kepada fungsi dan keselamatan.
Ruang dan kerja yang perlu untuk rumah berfungsi dengan baik.
Pilihan yang meningkatkan pengalaman tetapi boleh dibandingkan.
Pagar, landscape atau upgrade tertentu yang boleh dibuat secara fasa.
Dua rumah dengan keluasan sama boleh mempunyai kos berbeza kerana struktur, bentuk, bukaan, kemasan, tapak dan skopnya tidak sama.
Jumlah ruang, bentuk pelan, bilangan bilik, tandas dan tahap kecekapan layout.
Keadaan tanah, kerja tanah, akses, foundation, piling dan keperluan struktur.
Bentuk bumbung, span, fascia, gutter, ceiling height dan elemen seni bina.
Saiz, ketinggian, sistem kaca, aluminium, sliding, folding atau performance window.
Jubin, siling, cat, sanitary, lampu, kipas, air-conditioning, elektrik dan plumbing.
Pagar, gate, landscape, jalan masuk, drainage, submission dan fi profesional apabila berkaitan.
Rate per square foot boleh digunakan sebagai panduan awal. Ia bukan harga kontrak sebelum keluasan, design, spesifikasi, tapak, pengecualian dan tanggungjawab disahkan.
Team GARO akan menerangkan keperluan yang berkaitan sebelum proposal dimuktamadkan.
Skop, milestone dan dokumen payment dinyatakan dalam persetujuan. Keperluan submission ditentukan mengikut projek, pihak berkuasa dan pilihan yang dipersetujui.
Lukisan, submission, valuation, dokumen profesional dan proses claim perlu diselaraskan dengan keperluan bank serta pihak berkaitan.
Tanah, pemohon, pelan, submission, kontrak, claim dan dokumen projek perlu mengikuti proses pembiayaan serta kelulusan berkaitan.
GARO tidak menjamin kelulusan bank atau LPPSA. Kelayakan dan keputusan pembiayaan berada di bawah pihak pembiaya serta syarat semasa yang terpakai.
Setiap proposal perlu membezakan skop utama, allowance, item anda, pengecualian dan kerja tambahan.
Kerja yang termasuk dalam proposal dan tanggungjawab GARO.
Jenis, ukuran, standard atau allowance bagi bahan dan kemasan.
Barang atau kerja yang dibekalkan, dilantik atau dibayar terus oleh anda.
Perkara yang tidak termasuk dan perlu dinilai berasingan jika diperlukan.
Kerja tanah, piling, access, drain, pagar, gate, landscape dan utiliti sementara.
Fi profesional, pihak berkuasa, valuation, legal atau submission apabila berkaitan.
Setiap output mempunyai tujuan yang berbeza supaya anda memahami tahap keputusan anda.
Gambaran keadaan anda, tanah, pembiayaan, bajet dan keutamaan.
Senarai ruang, fungsi, gaya, perkara wajib dan perkara yang boleh ditangguhkan.
Julat dan faktor kos diterangkan sebelum skop dimuktamadkan.
Skop, spesifikasi, pengecualian, payment, tempoh dan tanggungjawab disusun dengan jelas.
Liputan projek tertakluk kepada kesesuaian lokasi, akses, kapasiti semasa, skop dan hasil semakan awal.
Semakan awal membantu GARO menentukan maklumat yang diperlukan sebelum perbincangan design dan kos diteruskan.