Langkau ke kandungan
Bina Rumah Atas Tanah Sendiri

Rancang rumah mengikut keperluan keluarga, keadaan tapak dan kemampuan anda—bukan sekadar memilih kadar.

GARO bantu anda susun Design & Build, layout, costing dan pembinaan supaya setiap keputusan lebih jelas sebelum kerja dimulakan. Anda juga dapat faham lebih awal faktor yang mempengaruhi harga rumah.

Rate per square foot boleh digunakan sebagai panduan awal. Harga sebenar rumah anda tetap bergantung pada tapak, design, struktur, spesifikasi, skop dan dokumen projek.

Concept Preview Paparan konsep aplikasi GARO BuildSmart Design Brief untuk menyusun keperluan ruang, tapak dan anggaran awal

Gambaran awal GARO BuildSmart Planner. Fungsi sebenar akan dibangunkan dan diuji secara berperingkat.

Reka & BinaSatu perjalanan dari brief hingga serahan
Tunai, bank & LPPSAAliran dokumen mengikut kaedah pembiayaan
Liputan 5 negeriTerengganu, Pahang, Kelantan, Kedah & Pulau Pinang
ProjectHubPemantauan selepas booking
Pilihan pendekatan

Setiap orang berada pada tahap perancangan yang berbeza.

GARO akan cadangkan aliran yang sesuai berdasarkan tahap kesiapan design, dokumen, tanah dan bajet anda.

01

Reka & Bina Custom

Bermula daripada keperluan keluarga, keadaan tapak dan kemampuan. Layout, rupa, spesifikasi dan kos dibangunkan secara berperingkat.

Untuk siapa Sesuai untuk anda yang mahu rumah tersendiri dan sanggup melalui proses perancangan.
02

Konsep GARO yang Diubah Suai

Pilih arah konsep yang sesuai, kemudian sesuaikan ruang, keluasan dan spesifikasi mengikut tanah serta keutamaan anda.

Untuk siapa Sesuai untuk mempercepat perancangan tanpa menjadikan rumah terlalu kaku.
03

Bina Sahaja

Untuk anda yang telah mempunyai lukisan, spesifikasi dan dokumen berkaitan yang lengkap. GARO akan menyemak skop sebelum memberi proposal.

Untuk siapa Tertakluk kepada semakan lukisan, tapak, dokumen, kos dan tanggungjawab pihak terlibat.
Terjangkau melalui perancangan

Kami tidak memaksa semua kehendak masuk dalam satu fasa.

Jika kehendak anda melebihi bajet, GARO akan bantu susun semula keluasan, bentuk, spesifikasi dan fasa kerja—tanpa mengorbankan perkara penting kepada fungsi dan keselamatan.

1Keperluan utama

Ruang dan kerja yang perlu untuk rumah berfungsi dengan baik.

2Tahap keselesaan

Pilihan yang meningkatkan pengalaman tetapi boleh dibandingkan.

3Tambahan kemudian

Pagar, landscape atau upgrade tertentu yang boleh dibuat secara fasa.

Prinsip GARO

Rumah terbaik ikut kemampuan—bukan sekadar rumah paling murah dengan risiko yang kita tak nampak.

  • Keperluan keluarga diutamakan.
  • Kos tambahan diterangkan lebih awal apabila sudah boleh dikenal pasti.
  • Value engineering mesti kekalkan fungsi, quality dan keselamatan.
  • Sebarang perubahan selepas persetujuan akan direkod sebagai perubahan skop atau Variation Order (VO).
Apa yang mempengaruhi harga

Keluasan cuma salah satu faktor.

Dua rumah dengan keluasan sama boleh mempunyai kos berbeza kerana struktur, bentuk, bukaan, kemasan, tapak dan skopnya tidak sama.

01

Keluasan & layout

Jumlah ruang, bentuk pelan, bilangan bilik, tandas dan tahap kecekapan layout.

02

Tanah & struktur

Keadaan tanah, kerja tanah, akses, foundation, piling dan keperluan struktur.

03

Bumbung & ketinggian

Bentuk bumbung, span, fascia, gutter, ceiling height dan elemen seni bina.

04

Pintu, tingkap & bukaan

Saiz, ketinggian, sistem kaca, aluminium, sliding, folding atau performance window.

05

Kemasan & M&E

Jubin, siling, cat, sanitary, lampu, kipas, air-conditioning, elektrik dan plumbing.

06

Kerja luar & fi berkaitan

Pagar, gate, landscape, jalan masuk, drainage, submission dan fi profesional apabila berkaitan.

Mengenai kadar sekaki persegi

Rate per square foot boleh digunakan sebagai panduan awal. Ia bukan harga kontrak sebelum keluasan, design, spesifikasi, tapak, pengecualian dan tanggungjawab disahkan.

Kaedah pempayment & pembiayaan

Aliran dokumen berbeza mengikut cara anda membiayai projek.

Team GARO akan menerangkan keperluan yang berkaitan sebelum proposal dimuktamadkan.

Cash Progressive

Payment mengikut peringkat kerja.

Skop, milestone dan dokumen payment dinyatakan dalam persetujuan. Keperluan submission ditentukan mengikut projek, pihak berkuasa dan pilihan yang dipersetujui.

Bank

Tertakluk kepada syarat bank atau pihak pembiaya.

Lukisan, submission, valuation, dokumen profesional dan proses claim perlu diselaraskan dengan keperluan bank serta pihak berkaitan.

LPPSA

Tertakluk kepada kelayakan dan dokumen.

Tanah, pemohon, pelan, submission, kontrak, claim dan dokumen projek perlu mengikuti proses pembiayaan serta kelulusan berkaitan.

GARO tidak menjamin kelulusan bank atau LPPSA. Kelayakan dan keputusan pembiayaan berada di bawah pihak pembiaya serta syarat semasa yang terpakai.

Sebelum quotation dimuktamadkan

Anda perlu tahu apa yang sedang diterima.

Setiap proposal perlu membezakan skop utama, allowance, item anda, pengecualian dan kerja tambahan.

Skop utama

Kerja yang termasuk dalam proposal dan tanggungjawab GARO.

Spesifikasi

Jenis, ukuran, standard atau allowance bagi bahan dan kemasan.

Item anda

Barang atau kerja yang dibekalkan, dilantik atau dibayar terus oleh anda.

Pengecualian

Perkara yang tidak termasuk dan perlu dinilai berasingan jika diperlukan.

Kerja luar & tapak

Kerja tanah, piling, access, drain, pagar, gate, landscape dan utiliti sementara.

Fi & submission

Fi profesional, pihak berkuasa, valuation, legal atau submission apabila berkaitan.

Apa yang berlaku selepas semakan awal

Maklumat anda akan bergerak secara berperingkat—ia tidak terus menjadi kontrak.

Setiap output mempunyai tujuan yang berbeza supaya anda memahami tahap keputusan anda.

1

Semakan awal

Gambaran keadaan anda, tanah, pembiayaan, bajet dan keutamaan.

2

Design brief

Senarai ruang, fungsi, gaya, perkara wajib dan perkara yang boleh ditangguhkan.

3

Perancangan kos

Julat dan faktor kos diterangkan sebelum skop dimuktamadkan.

4

Proposal

Skop, spesifikasi, pengecualian, payment, tempoh dan tanggungjawab disusun dengan jelas.

Kawasan perkhidmatan

Team mengikut lokasi projek.

Liputan projek tertakluk kepada kesesuaian lokasi, akses, kapasiti semasa, skop dan hasil semakan awal.

Pantai TimurTerengganu, Pahang dan Kelantan
Team UtaraKedah dan Pulau Pinang
Langkah pertama

Mulakan dengan tanah, keperluan dan kemampuan sebenar anda.

Semakan awal membantu GARO menentukan maklumat yang diperlukan sebelum perbincangan design dan kos diteruskan.

Ask GARO